Ahad, April 12, 2009

Khairat Kematian MDESJ

KEAHLIAN KHAIRAT KEMATIAN
MASJID DARUL EHSAN SUBANG JAYA


Pengurusan Masjid Darul Ehsan Subang Jaya (MDESJ) dengan ini mempelawa Tuan/Puan untuk mendaftar
Sebagai Ahli /Membaharui Keahlian Khairat Kematian di bawah kelolaan MDESJ.

Pendaftaran boleh dibuat dengan melengkapkan BORANG KHAIRAT KEMATIAN MDESJ |muat turun Borang|



Bayaran secara bank transfer boleh dikendalikan
DI SINI



Sukacita Tuan/Puan menghubungi Setiausaha AJK MDESJ, Tuan Hj Rosly Ab Aziz |Tel 019-3838116 email roslyaziz@yahoo.com.my| atau Pegawai Tadbir MDESJ | Tel 03-5634 0741 | jika memerlukan penjelasan /dan bantuan selanjutnya.


Berikut adalah terma-terma perkhidmatan /manfaat KHAIRAT KEMATIAN yang disediakan oleh pihak Masjid Darul Ehsan Subang Jaya:


I. SUMBANGAN /BAYARAN KHAIRAT KEMATIAN

1. Yuran Pendaftaran (pertama kali sahaja) = RM20.00 (Ringgit: Dua Puloh Sahaja);


2. Yuran Keahlian SETAHUN = RM20.00 (Ringgit: Dua Puloh Sahaja); ATAU


3. Yuran Keahlian SEUMUR HIDUP = RM500.00 (Ringgit: Lima Ratus Sahaja), termasuk Yuran Pendaftaran.

Nota:

  • Bayaran untuk tahun pertama keahlian adalah RM40.00 (Ringgit: Empat Puloh Sahaja);
  • Bayaran untuk keahlian Seumur Hidup hanya RM500.00 (Ringgit: Lima Ratus Sahaja).


II. KEISTIMEWAAN YANG DITAWARKAN UNTUK AHLI

1. Satu set kelengkapan jenazah bagi semua Ahli yang meninggal dunia*;

2. Kegunaan van jenazah Masjid Darul Ehsan (untuk Lembah Klang sahaja)**; dan

3. Sumbangan bacaan Tahlil untuk tiga malam Jumaat berturut-turut (selepas kematian).


Nota*

Kemudahan tersebut meliputi
Ahli dan pasangan, anak /tanggungan yang tinggal bersama dan keluarga yang berziarah.



III. PENGURUSAN JENAZAH BAGI BUKAN AHLI KHAIRAT KEMATIAN MDESJ

1. Bayaran untuk pengurusan jenazah ialah sebanyak RM450.00, meliputi:


  • mandi dan keperluan kafan; dan

  • pengangkutan (hanya untuk di dalam kawasan Lembah Klang sahaja)**


IV. PERKHIDMATAN TANAH PERKUBURAN


1. Bayaran pengurusan di tanah perkuburan adalah di dalam lingkungan RM400.00, termasuk upah menggali kubur perlu dibayar berasingan - sama ada Ahli atau pun Bukan Ahli Khairat Kematian MDESJ.



















V. PERKHIDMATAN PENGANKUTAN JENAZAH

1. Perkhidmatan pengangkutan jenazah di dalam kawasan Lembah Klang** yang dinyatakan di atas (untuk Ahli dan Bukan Ahli) adalah terhad kepada 40km perjalanan dua hala dari Masjid Darul Ehsan Subang Jaya;


2. Bayaran bagi perkhidmatan pengangkutan jenazah SAHAJA bagi perjalanan di dalam kawasan Lembah Klang adalah RM150.00 (Ringgit: Satu Ratus Lima Puloh Sahaja);


3. Bayaran TAMBAHAN RM1.00 setiap km (Ringgit: Satu Sahaja) akan dikenakan untuk perjalanan dua hala yang melebihi jarak perjalanan 40km tersebut; dan


4. Semua kadar bayaran dinyatakan di atas TIDAK TERMASUK BAYARAN TOL, jika berkenaan.




SIAPA YANG PERLU DIHUBUNGI?
|
Jika berlaku kematian|

Hubungi Pegawai /Petugas MDESJ
di talian yang tersenarai;

dan untuk

Pengurusan Tanah Perkuburan

USJ22 /Batu 13 Puchong :
012.3253.278
MPPJ (Kg Tunku) : 03.7863.7895
Cheras : 03.9206.0200
Bukit Kiara : 012.2590.561



.

Klik papan tanda MDESJ ini untuk KEMBALI KE LAMAN UTAMA

Kategori Dokumen / weblog PAGES