Sabtu, Julai 04, 2009

MESYUARAT AGUNG KHAS MDESJ

.
Selaras dengan keperluan bagi mengadakan Mesyuarat Agung Khas MDESJ pada 4 Sya'ban 1430H akan datang, pendaftaran anak qaryah menjadi pra-syarat /kriteria utama.

KELAYAKAN pencalonan /dan pengundian untuk Pegawai dan Jawatankuasa Masjid perlulah di kalangan ANAK QARYAH YANG BERDAFTAR - sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum Mesyuarat Agung diadakan. Surat JAIS bil (1) dlm.JAI.Sel. BPM/01/006/2 bertarikh 24 Zulhijjah 1429H /22 Disember 2008 dirujuk

DENGAN INI TARIKH AKHIR UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI ANAK QARYAH MASJID DARUL EHSAN SUBANG JAYA (MDESJ) ADALAH PADA 12 Julai 2009. Rujuk senarai yang telah DIKEMASKINI

Maklumat lanjut berkaitan PENCALONAN Pegawai dan Ahli Jawatankuasa boleh dirujuk DI SINI

HUBUNGI SEGERA PIHAK MDESJ /DAN DAPATKAN BORANG DI SINI
Ustaz Ahmad Shukri Awang Kechik
Pengurus MDESJ
1 Rejab 1430H / 24 Jun 2009



InsyaAllah Mesyuarat Agung Khas, Masjid Darul Ehsan Subang Jaya
akan diadakan pada tarikh dan masa dinyatakan di atas.

8:30 pagi - PENDAFTARAN dan SEMAKAN DAFTAR ANAK KARIAH

9:00 pagi - MESYUARAT AGUNG BERMULA (di bawah kendalian JAIS)


AGENDA UTAMA ADALAH UNTUK
PENCALONAN PEGAWAI dan AHLI JAWATANKUASA
MASJID DARUL EHSAN SUBANG JAYA BAGI SESI 2009-2012
SERAMAI 25 ORANG, SEPERTI BERIKUT:


Nota: Berpandukan surat-surat dari Jabatan Agama Islam Selangor:
i. bil (60) dlm. JAI.Sel.BPM/01/001/33 bertarikh 28 Julai 2008, dan
ii bil (2) dlm.JAI.Sel.BPM/01/006/2 bertarikh 19 Disember 2008

A. CALON PEGAWAI MASJID:

1. Tiga (3) Nazir
2. Imam I
3. Imam II
4. Imam III
5. Bilal I
6. Bilal II
7. Siak I
8. Siak II

B. CALON JAWATANKUASA KARIAH MASJID:

1. Timbalan Nazir
2. Setiausaha
3. Penolong Setiausaha
4. Bendahari
5. Tujuh (7) Ahli Jawatankuasa
6. Wakil Pemuda
7. Wakil Wanita
8. Pemeriksa Kira-Kira I
9. Pemeriksa Kira-Kira II


C. KRITERIA PEMILIHAN CALON ADALAH SEPERI BERIKUT:


i. Calon berumur TIDAK MELEBIHI 60 TAHUN dan boleh disambung hingga ke umur maksimum 65 tahun berdasarkan kepada prestasi dan kesesuaian.

ii. Tinggal tetap dalam kariah masjid /surau. Peruntukan ini dikekalkan dan dijadikan salah satu kriteria utama.

iii. Boleh membaca, menulis dan mengira.

iv. Bagi jawatan Nazir, keutamaan akademik minimum ialah mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Agama (SPA) dan keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai Diploma.

v. Calon Nazir hendaklah mampu mengetahui halaqah-halaqah ringan yang melibatkan Ahli Jawatankuasa dan jemaah di samping mampu mengimamkan sembahyang, menyampaikan khutbah serta mengetuai majlis tahlil.

vi. Bagi jawatan Setiausaha, keutamaan hendaklah diberi kepada calon yang memiliki pengalaman kesetiausahaan dan pentadbiran.

vii. Bagi jawatan Bendahari, keutamaan hendaklah terdiri daripada mereka yang memiliki ilmu dan berkemahiran dalam penyimpanan buku kira-kira.

viii Ahli-ahli lain hendaklah terdiri dari mereka yang berlatarbelakangkan pelbagai bidang kemahiran.

ix. Mempunyai pengetahuan agama Islam.

x. Mempunyai akhlak yang mulia dan amanah.

xi. Selalu membuat amal kebajikan.

xii. Sihat tubuh badan dan mental.

xiii Mempunyai daya kepimpinan.

xiv Sentiasa menjalin hubungan baik dengan ahli kariah dan menunjukkan ciri-ciri kreatif serta sering membawa idea-idea baru untuk meningkatkan kemajuan masjid /surau.



.

Klik papan tanda MDESJ ini untuk KEMBALI KE LAMAN UTAMA

Kategori Dokumen / weblog PAGES