Alhamdulillah, di atas sumbangan seorang anak qaryah yang dermawan; dewan solat Masjid Darul Ehsan Subang (MDESJ) akan bertukar wajah menjelang Ramadhan 1430H nanti.
Kerja-kerja menaiktaraf kemudahan dan hiasan dalaman dijangka mengambil masa di antara 5 hingga 6 minggu - yang dijangka siap pada 28 Sya'ban 1430H /19 Ogos 2009.
Kerja-kerja menaiktaraf kemudahan dan hiasan dalaman dijangka mengambil masa di antara 5 hingga 6 minggu - yang dijangka siap pada 28 Sya'ban 1430H /19 Ogos 2009.
Cadangan awal menaiktaraf hiasan dalaman dewan solat MDESJ melibatkan kerja-kerja utama berikut:
Gambaran awal pereka hiasan dalaman adalah seperti berikut:
- Pemasangan siling kapur (plaster ceiling), dan
- Pengubahsuaian Mihrab (tempat solat Imam).
Gambaran awal pereka hiasan dalaman adalah seperti berikut:
Disamping hiasan dalaman, kemudahan-kemudahan lain yang terlibat dalam proses menaiktaraf tersebut adalah seperti berikut:
- Pembinaan /pembesaran tandas Muslimat,
- Pemindahan 12 unit penghawa dingin (lama) ke dewan solat tingkat atas,
- Pendawaian semula litar elektrik di kawasan dewan solat utama,
- Pemasangan penghawa dingin di dewan solat utama (30-32 unit baru), dan
- Meningkatkan tahap keupayaan bekalan elektrik dari 300A ke 500A.
Justeru itu, pihak Pengurusan MDESJ juga membuka kepada semua - sama ada anak qaryah dan para jemaah atau pengunjung lamanweb ini - beramal jariah, melabur di dalam saham amanah akhirat.
Bentuk-bentuk tajaan /sumbangan (infaq) adalah seperti dinyatakan di dalam PELAN WAQAF berikut:
Sumbangan wang tunai yang boleh dibuat terus DI SINI atau melalui BORANG WAQAF atau menghubungi pihak Masjid di talian 03-5634.0741 atau email mdesbgjaya@yahoo.com / pengurusan@mdesj.net
InsyaAllah, dari masa kesemasa status kemajuan kerja-kerja akan dipaparkan di sini...
Kerja-kerja telah BERMULA hari Ahad 12 Rejab 1340H /5 Julai 2009.
STATUS KEMAJUAN MINGGU PERTAMA (5-11 Julai)
- Merombak 12 unit penghawa dingin
- Menanggalkan kepingan-kepingan siling abestos dan sistem pendawaian elektrik
- Ruang solat dianjakkan ke belakang (berhampiran ruang solat wanita) - yang akhirnya kekal di kawasan luar (tanpa karpet) - setelah dewan solat utama ditutup sepenuhnya
- Solat Jumaat dikendalikan di tingkat atas
- Struktur tandas muslimat yang baru siap
Lihat juga gambar-gambar:
STATUS KEMAJUAN MINGGU KE-2
STATUS KEMAJUAN MINGGU KE-3
STATUS KEMAJUAN MINGGU KE-4
STATUS KEMAJUAN MINGGU KE-5
STATUS KEMAJUAN MINGGU KE-6
STATUS NAIKTARAF MIHRAB
COUNTDOWN MINGGU KE-7 | 16 Ogos 2009 |
COUNTDOWN MINGGU KE-7 | 17 Ogos 2009 |
GOTONG ROYONG RAMADHAN 17 OGOS 2009 dan 20 OGOS 2009
COUNTDOWN MINGGU KE-7 | 18 Ogos 2009 |
COUNTDOWN MINGGU KE-7 | 19 Ogos 2009 |
COUNTDOWN MINGGU KE-7 | 20 Ogos 2009 |
MAJLIS TAHLIL KESYUKURAN 2O Ogos 2009
COUNTDOWN MINGGU KE-7 | 21 Ogos 2009 |
STATUS PEMBINAAN TANDAS MUSLIMAT
...dan semak
JADUAL /PERANCANGAN KERJA-KERJA NAIKTARAF