Ahlan wasahlan ke Masjid Darul Ehsan Subang Jaya!
Keunikan Islam sebagai agama agung yang syumul dan satu-satunya agama yang diiktiraf Allah Azza wa Jalla, adalah menjadi satu keutamaan yang perlu dinilai tinggi. Ia juga perlu disebarluaskan agar dapat jua dinikmati oleh umat manusia yang lain - khususnya yang masih belum mendapat hidayah dan petunjukNya.
Laman web ini sewajarnya dijadikan saluran komunikasi dan amal jariah untuk semua, khususnya ahli Qaryah. Kepelbagaian ragam cara hidup manusia kini memerlukan usaha untuk mempelbagaikan teknik berdakwah.
Justeru, untuk merealisasikan hasrat tersebut disamping aktiviti-aktiviti mengimarahkan lagi Masjid Darul Ehsan Subang Jaya (MDESJ); pihak Pengurusan amat mengharapkan penglibatan dan sokongan berterusan daripada ahli Qaryah dan Jemaah - sama ada berupa suntikan idea, bahan artikel atau kos kerja-kerja penambahbaikan /senggaraannya.
Budaya yang tercipta dari ledakan teknologi maklumat dengan sifat tanpa persempadanannya memerlukan para daie menilai semula dari perspektif-perspektif berikut:
a. Mengetengahkan isu-isu dunia akhirat dalam membangkitkan perhatian semua ahli Qaryah dan Jemaah;
b. Memperluas peranan dakwah dan menggandakan fungsi institusi masjid; dan
c. Membina ruang berinteraksi yang lebih meluas dan dapat dicapai oleh semua golongan sasar.
Semoga kunjungan ke laman web ini juga ada manfaatnya
Terima Kasih.
Jumaat, 14 Rabiul Akhir 1430H (10 April 2009)
.
.